Friday 30 November 2012

Rezeki

 
Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK... :)

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.
~sekian tazkirah jumaat *peace.
credit to : Ustaz Don :)
What is ISTIDRAJ?

It is when Allah (SWT) gives fortunes to someone whereby Allah (SWT) is not pleased with him. This is what’s called istidraj. Rasullulah (SAW) said :"When you see Allah (SWT) gives good fortunes to his slaves who are always committing sins (disobedient), know that the person is being given istidraj by Allah (SWT)." (At-Tabrani, Ahmad and Al-Baihaqi)

Tuesday 27 November 2012

Action do always speaks louder that words

Kata seorang ustazah di radio IKIM,
"Kadang2 kita di kelilingi dengan orang2 yang free hair, tak menutup aurat, kerana Allah ingin kita jadi agen pengubah mereka (ke arah kebaikan) .. ^^

Bertudung labuh, berpurdah bukanlah tanda dia seorang yg alim, cuma tuntutan agama yg telah dipenuhi...
Bagi yg mendedahkan aurat pulak, bukanlah tanda dia seorang yg jahat...
Dorongan dan nasihatlah yg perlu diberikan buatnya..
bukan kata-kata cacian... ^^

Bagi ana,
kalau xmampu menegur pom,tunjukkan..biasanya actions do effect more than words...we dont have to tell when we SHOW..kadang2,hati org2 free hair tu nak bertudung,hati2 org tudung singkat nak bertudung labuh,cuma ada halangan..cuma xkuat...when we show it to them,biasanya diaorg dtg cari kita,minta tunjuk ajar nak tutup aurat.subhanAllah..sucikanlah hati mereka...tetapi sucikanlah lagi hati kami yg kadang2 berburuk sangka kepada mereka.(':

Monday 26 November 2012

Dear Heart,


Yes your job is to pump blood, 
but besides that
 your are the one which remind me to be grateful to Allah
and you are the one telling me,
I'm still alive and should devote my whole self to Allah(:
Heart, i heart u~
Allah Loves Us.


WUDHU'

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Friday 23 November 2012

Have You Prayed?

sakitnya...sakitnya.....
bayangkan kita selalu mengeluh kesakitan..sdgkan sakit itu kafarah dosa.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

bayangkan, tertusuk duri pun dah sakit apabila nak tariknya keluar, apatah lagi apabila NYAWA dita

rik ataupun DISENTAP keluar...
apatah lagi azab akibat dosa2 kita yg menyelaputi, menyelimuti kita.

Oleh itu,(:
JANGAN LENGAH-LENGAHKAN SOLAT apatah lagi meninggalkannya...dashyat azab bg org yg meninggalkan solat...Allah'Alam..

:mcm nk ckp benda lain,tercakap benda lain.xpe,asal meseg disini sampai....(:



Sahabat Fillah, Kalau boleh..dengar je azan, terus terpelanting bingkas bangun dari tempat punggung dilabuhkan untuk solat ye...insya Allah, dipermudahkan Allah segala urusan.

Thursday 22 November 2012

Kawan-kawan fillah, test game ni, syok gila. Amber baru tahu petang tadi. Anda akan dapat tahu kesan terhadap diri anda sendiri. Best..

Okay, game ni ada 3 steps:-

Step Pertama:-

Letak kan telapak tangan kanan di atas dahi anda dan telapak tangan kiri letak di atas peha.

Step kedua:-

Dongakkan kepala anda ke atas, jangan atas sangat, sedang2 saje. Kemudian kelip-kelipkan mata anda sebanyak 3 kali.

Step ketiga:-

Jerit, kalau tak boleh jerit, cakap seperti biasa je dengan dialog " AKU SOLAT KE BELUM NI???!!!! ASTARGHFIRULLAH!!! "

Apa tandanya saya islam kalau saya tak solat fardhu 5 kali sehari semalam?"

Satu persoalan besar menempelak muka masing2..

 

Wednesday 21 November 2012

Seorang rakyat Palestin menterjemah 'Gaza menang' ke dalam banyak bahasa bagi ingin memberitahu pada dunia kemenangan mereka di tanah air pada hari ini terhadap Israel...

Gaza win ...
Gaza vinna ...
Qəzzada qələbə ...
Gaza menang ...
Gaza zwycięstwo ...
Газы победы ...
Gazan voittaa ...
ガザ
עז לנצח ...

______________________________
______

TT Aman Palestin Mesir
SubhanAllah.....Apakah yang lebih indah daripada SYAHID dan mendapat SYURGA..?
Tinggalkan dunia, tetapi mendapat syurga...Allah....saya nak jugak...matikanlah kami dalam syahidMu..Allahu rabbi(':

Friday 16 November 2012

Let Put Up A Pray Each Salah, always(':

 
KEAJAIBAN DI GAZA...
subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mu

jahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.




اللهم إن إخواننا المسلمين في غزة قد اشتد عليهم البلاء وسالت فيهم الدماء اللهم احفظهم وانصرهم وثبتهم واصرف عنهم البلاء يا

رحمن يا رحيم

Oh God that our Muslim brothers in Gaza has increased to scourge and asked them and help keep them o blood adhering and redeem them scourge o Rahman, Rahim



Bukan setakat saudara kita di GAza, tapi di seluruh dunia..Ya Allah, bangkitkanlah Islam, bangunkanlah dan sedarkanlah ummat Islam. Kami ini, yang telah lama lalai dan 'senyap'. Sudah tiba masanya untuk Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al- Fateh seterusnya muncul. Ya Allah, jadikanlah kami antara mujahid dan mujahidah untuk Islam. Ya Allah, kuatkanlah kami, muslimin, muslimat, mukminin, mukminat, mujahidin, mujahidah, syahid, syahidah.Kuatkanlah kami ya Allah(':
Tegakkanlah Islam dari kami.
aamiin~

Thursday 15 November 2012

You're beautiful

what on the world am I seeing in that mirror.?
unexplained by words,
unexpectedly brilliant,
unbelievable by eyes yet my heart can't deny the reality...

is that ME???? w0w super GORGEOUS!!

Yes,that is ME...yes,He created me such perfectly that i can see clearly, i can smell fragrantly, i can hear carefully, i can think wisely and i can almost do everything..Thank You Allah for created me to be me..alhamdulillah(:

*the "I" in those words is not the one who posted this, but the one who is reading it..be grateful and say ALHAMDULILLAH

Wednesday 14 November 2012

Putih Itu Pelangi...(:

Putih Itu Pelangi...(:

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.


Kenapa?
Sebab pelangi itu disumberkan dari spektrum cahaya putih.

Analoginya, kekadang kita rasa hidup kita xde makna, putih = kosong, tetapi kita xsedar bahawa hidup kita nie sgt bermakna..utk ibu bapa kita, adik beradik dan rakan2.

Dan kalaupun kita tidak lagi mempunyai mereka, maka sampaikanlah doa utk mereka.
Dan kalaupun anda merasa tidak disayangi, ketahuilah bahawa Allah menciptakan kita atas tujuan tertentu.

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah: Ayat 30

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." - Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56
 
Allahu 'Alam bisShowwab(: