Friday 10 May 2013

aku.....dan...


Cerita di seballik kereta yg abah tersayang bagii....

saya, .
memikirkan bahawa pada sem seterusnya ini, saya pastinya tidak lagi menetap di kolej dalam kampus,
oleh itu..saya berpendapat untuk membeli 'kenderaan'...
saya mula berkira-kira..macam mana dan bagaimana..Allah2..

terfikir, 'aku,harus berniaga...'..
yea,memang niat saya untuk membeli 'kenderaan' itu dengan wang sendiri..
saje,xnak menyusahkan abah...'konon'nya..
lalu saya memulakan kerja2 saya..mencari suppliers..baju,jubah,tudung..berbagai benda saya mampu jual...
dan saya mulakan semua itu dengan al-Quran.
saya borong al-Quran dan membelinya..semua ini terjadi selepas cuti mid-sem yg lalu....
perniaagaan yang diteruskan..
walaupun...time cuti tu,abah cakap..'kita beli kereta la..buat sewa...lagipun,study bukan 2 tahun lagi...at least 3 tahun...."..
huhu..memang..saya akan hanya bergelar 'tamat belajar' at least setelah ada Master.

jadi, 'kenderaan' saya tu, xjadi la saya nak beli...kenderaan saya..basikal...(:


Tapi sekarang, saya tetap dengan perniagaan saya yg masih belum seberapa ini..

kerana saya ada cita2...

Cita2 dimana..saya tidak lagi bergantung pada 'biasiswa FaMa' yg ditawarkan abah suatu masa dulu..

Saya berharap, untuk tidak lagi merengek...'abah..duit dah habis...'..
tapi, pada waktu kini..saya nak...berdikari...

tahu kenapa saya nak berdikari...
sebab suatu peristiwa....peristiwa ini telah menyedarkan saya...
Ada satu ketika, abah tersayang terchenta itu di-warded-kan..
pada saat itu,saya...tidak sanggup untuk call abah dan cakap..'abah,ema xcukup duit..'
tapi pada saat itu..saya cakap..'abah,cepat sembuh ye..makan banyak2..'
tapi naluri seorang ibu pula merunsingkan anaknya..'cukup duit ke..?'
aku tahu...abah juga merunsingkan hal sama..
tetapi dek xsampai hati...aku menjawab..'cukup,boleh cari lagi duit'...yea,memang boleh cari lagi...aku masih makan macam biasanya aku makan...alhamdulillah, duit KPT time asasi masih tersisa di bank..
pada saat itulah, aku sedar..aku harus berdikari..

Cita2ku...menjadi anak solehah...maaf,aku belum 'sibuk' nak jadi isteri solehah..
tahu kenapa?
sebab pada waktu kini dan selamanya, aku adalah seorang anak..kepada umi dan abah...
tentang seorang isteri, itu belum pasti lagi..mungkin juga ajal termaktub sebelum menjadi seorang isteri dan ibu..sekarang...apa yg aku tahu..
aku adalah seorang anak...aku ingin menjadi anak solehah..yg berdikari...
ye..aku sangat manja...sehingga, sesiapa yang mengenaliku,pasti menganggap aku anak bongsu..tapi,maaf,bukan..aku ada 2 orang lagi adik...
Tetapi sekarang, aku tahu sudah ada perubahan pada tahap kemanjaan ini..
Allah..mengajar kita dengan cara yang paling halus..
sungguh, ujian itu mematangkan kita..
Ujian itu menguatkan kita..

Abah,Umi....sungguh,sy nak jadi anak yang solehah...maafkan ema kalau selalu buat salah dan silap...ema,bukanlah anak yg 'sempurna',tapi sy sentiasa doakan umi dan abah..sy cuba..dan mencuba..tapi anakmu ini..terkadang,imannya lemah...tidak mampu untuk selalu baik....

sakarang, aku sedar...masa bukanlah selamanya untuk umi abah membahagiakan aku...
akulah,kitalah,sebagai anak2 yang patut membahagiakan mereka..
bagi ibu bapa, melihat anak bahagia, berjaya..sudah sangat membahagiakan..tetapi tidak bolehkan kita menukar itu..menjadikan..'ooo.aku bahagia melihat umi dan abah bahagia...'...

jom...cuba jadi anak soleh dan solehah.....buat apa kita nampak soleh dan solehah pada mata orang..tapi bukan pada mata ibu bapa dan keluarga..jadilah yang terbaik untuk keluargamu...bukan hanya 'orang luar'...

teringat..saat abah mula2 di-diagnosed sesuatu sakit itu...pada saat itu...aku longlai...lemah...tidak mampu 'straight'.....menangis pada waktu aku boleh menangis..tersentuh,sensitif...'panas'..
padahal aku tidak tahu..Allah sedang mengajar aku dan adik-beradikku yang aku sayangi...
Dek apa yang Allah aturkan untuk keluarga kami...aku mula sedar...
Allah,terima kasih kerana menyedarkan kami..
terima kasih kerana masih bagi peluang pada kami...
Saat aku merasakan..,'kenapa Allah pilih abah untuk sakit?'..aku 'sakit' memikirkannya..
tetapi saat itu...bukan seorang dua yg aku dengar, 'kehilangan' ayah mereka...
saat itu...menyedarkan aku,bahawa aku patut bersyukur..Allah..masih memberi peluang untuk aku dan adik-beradik..melakukan yang terbaik buat umi dan abah..
masa yg tersisa sedikit cuma ini....belum tentu siapa 'pergi' dulu..
kalau kita pergi dulu.....
sempat x kita meninggal 'memori' baik untuk mereka?

insya Allah..moga2...selepas ini..aku dan adik-beradikku, serta kamu dan adik-beradikmu..menjadi anak yang lebih soleh dan solehah....
berdikari..


Cita2ku...bukan hanya tidak mahu merengek meminta 'biasiswa' dari abah dan umi..
tetapi sekarang..aku ingin.....memberi wang kepada mereka...
bekerja,mencari wang..dan memulangkan kepada mereka...
walaupun aku...masih belum menginjak 20 tahun...
itu tidak membataskan sesuatu...(':
Jom, support perniagaan saya.....Like Banat Solehah Ent. di facebook...(:Terima kasih Allah..Terima kasih umi abah..Terima kasih semua...

Anak soleh dan solehah..penyejuk mata, perut dan hati..'penyejuk' di akhirat juga..
Anak-anak adalah saham ibu bapa di akhirat nanti...
Sama saham itu menguntungkan mereka..atau, merugikan mereka...
wa Allahu 'Alam bisShawwab....

No comments:

Post a Comment